KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 29hb September 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menghadiri satu taklimat bagi kontrak perkhidmatan membekal dan menghantar makanan mentah basah dan kering serta barang-barang keperluan lain yang ditawarkan oleh Pusat Transit Kesihatan JAKOA Gerik, Daerah Hulu Perak.
Taklimat perkhidmatan membekal dan menghantar makanan mentah basah dan kering serta barang-barang keperluan lain ini telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Transit Kesihatan, Batu 8, Ulu Kinta Perak.
Hadir ke sesi taklimat dan lawatan tapak ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama aktiviti ini adalah bertujuan untuk menawarkan sebut harga kepada pihak JAKOA ini.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Program Kasih Lawatan Ke Rumah Anggota KOPUBI Perak Bhd
Pegawai daripada PPusat Transit Kesihatan yang bertugas pada hari tersebut telah mengalu-alukan kedatangan para kontraktor perkhidmatan pembekalan ke taklimat ringkas dan menyampaikan syarat-syarat sebut harga yang telah ditetapkan oleh pihak mereka.
Bagi tujuan sebut harga kerja-kerja Perkhidmatan membekal dan menghantar makanan mentah basah dan kering serta barang-barang keperluan lain ini, pihak KOPUBI Perak Bhd sangat berminat untuk menawarkan diri secara rasmi sebagai salah sebuah kontraktor yang akan dipilih bagi menjalankan perkhidmatan seperti mana yang telah ditetapkan di dalam tawaran sebut harga tersebut.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI