KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 23hb September 2022 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd melalui Program Kasih telah mengadakan lawatan ke rumah salah seorang anggota KOPUBI Perak Bhd yang telah ditimpa ujian dan kesusahan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Kursus Pengurusan Mesyuarat Agung

Ketua Biro Kebajikan iaitu Pn Norhuda dan Bendahari KOPUBI Perak Bhd Pn Samsiah telah mengadakan lawatan ke rumah Pn Juliah binti Mohd Yatim yang telah disahkan mengidap penyakit kencing manis dan telah menjalani pembedahan membuang anggota badannya iaitu di bahagian kaki.

Pada lawatan tersebut, wakil KOPUBI Perak Bhd ini telah bertanya khabar serta menyatakan kesedihan di atas ujian besar yang telah dihadapi oleh Pn Juliah serta menyampaikan salam daripada seluruh Ahli Lembaga termasuk salam daripada Pengerusi KOPUBI Perak Bhd yang tidak dapat hadir pada sesi lawatan tersebut kerana ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Pada sesi lawatan ini, Ketua Biro Kebajikan KOPUBI Perak Bhd turut menyerahkan sedikit sumbangan kepada Pn Juliah bagi meringankan serba sedikit penderitaan yang telah dihadapi olehnya serta keluarga belian dan seluruh Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd sentiasa mendoakan kesihatan Pn Juliah agar kembali sihat seperti sedia kala.

Semoga dipermudahkan segala urusan anggota KOPUBI Perak Bhd bernama Pn Juliah binti Mohd Yatim dan semoga KOPUBI Perak Bhd terus menjalankan aktiviti kebajikan serta mengambil berat terhadap anggota yang bernaung di bawah koperasi ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju di dalam bidang perniagaan yang telah diceburi dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia #ProgramKasih