KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 27hb September 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi En Sharul Rahman telah hadir ke Majlis Cabutan Nombor Calon Anggota Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) yang berlangsung bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya Selangor.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh bakal-bakal Anggota Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit yang menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) Kali Ke-8 yang dijangka berlangsung pada 29hb Oktober 2022 nanti.

Hadir sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan kata-kata aluan pada majlis ini adalah Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) iaitu Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bin Haji Abdullah merangkap Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) serta barisan kepimpinan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) dan juga staf-staf pengurusan tertinggi Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA).

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Program Kasih Lawatan Ke Rumah Anggota KOPUBI Perak Bhd

Untuk makluman semua, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En Sharul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA).

Permohonan sebagai calon telah dibuka oleh pihak KOPSYA dan Alhamdulillah dengan izinNya pencalonan En Sharul Rahman telah berjaya dan telah layak diterima sebagai calon Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) Kali Ke-8 yang akan berlangsung nanti.

Untuk makluman semua juga, pada Majlis Cabutan Nombor Calon yang berlangsung itu, En. Sharul Rahman telah membuat cabutan nombor calon dan telah berjaya mendapat Nombor 4 sebagai nombor calon beliau.

En Sharul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA)

Pihak KOPUBI Perak Bhd seterusnya ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada En Sharul Rahman dan semoga En Sharul Rahman berjaya memenangi hati para perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) Kali Ke-8 yang akan berlangsung pada 29hb Oktober 2022 nanti bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya Selangor.

Dengan kemenangan En Sharul Rahman sebagai Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) akan membawa KOPUBI Perak Bhd selangkah lagi ke hadapan dan bakal menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lainnya di Negeri Perak ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia