KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 29hb September 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan persiapan untuk menyertai Karnival Barangan Malaysia yang akan berlangsung di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, Perak bermula pada 30 September 2022 – 2 Oktober 2022.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd bersama Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En Haizul Fakarudin telah hadir sewaktu persiapan ini dijalankan dan turut memantau situasi semasa demi memastikan kelancaran operasi persiapan tersebut berjalan dengan lancar serta mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Buat pertama kalinya KOPUBI Perak Bhd ini telah diberi peluang untuk menyertai karnival yang julong kali dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan berpeluang untuk mempekenalkan produk-produk buatan Malaysia yang dipasarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada masyarakat umum.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perkhidmatan Membekal dan Menghantar Makanan Mentah

Untuk makluman semua, pelbagai program yang menarik bakal diadakan sepanjang Karnival Barangan Malaysia berlangsung antaranya wacana rohani keusahawanan, persembahan artis tempatan, wacana usahawan selebriti dan pelbagai produk dan jenama Malaysia ditawarkan pada harga berpatutan yang menanti pengunjung di sana.

Majlis perasmian karnival ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 1 Oktober 2022 jam 2.00 petang.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBIPerakBhd #KOPUBI #KoperasiUsahawan #KumpulanPUBI