
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Pada 24hb Jun 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 (MAPA 2023) anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diadakan secara hibrid iaitu menggunakan platform Zoom dan secara bersemuka bertempat di auditorium angkasa, kelana jaya Selangor.
Pelaksanaan Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 ini sangat berjaya dan telah dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Negara secara di dalam talian dan kehadiran anggota koperasi yang telah direkodkan adalah sebanyak 2,050 orang perwakilan.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 secara di dalam talian ini adalah Tuan Pengerusi En. Sharul Baha Bin Abd Rahman.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Perjumpaan Santai Bersama Timbalan Presiden Angkasa
Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 ini dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA iaitu Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Cooperative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP).
Alhamdulillah, seterusnya Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 ini telah berjalan dengan lancar serta teratur di mana Pengerusi Mesyuarat telah mengawal selia perjalanan mesyuarat mengikut aturan serta agenda Mesyuarat yang telah ditetapkan.
Pada Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Mesyuarat di mana ada kekosongan jawatan Ahli Lembaga dan calon yang telah layak bertanding bagi mengisi kekosongan ini adalah Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahman Bin Abdul Razak Shaik dan Dato’ Dr. Hj. Mustafha Bin Abd Razak.
Seramai 2,050 orang perwakilan dari seluruh negara telah layak membuat undian secara maya di mana pada akhir sesi pengundian seramai 1,823 telah membuat undian dengan kemenangan diberikan kepada Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahman Bin Abdul Razak Shaik apabila seramai 1,499 perwakilan telah memilih beliau manakala Dato’ Dr. Hj. Mustafha Bin Abd Razak hanya mendapat 324 undian sahaja.
Seterusnya Pengerusi Mesyuarat telah mengumumkan Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahman Bin Abdul Razak Shaik telah menang jawatan Ahli Lembaga ANGKASA berkuat kuasa serta merta dari tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 ini diadakan.
Untuk makluman semua, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman juga telah dicalonkan sebagai salah seorang calon bagi Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 (MAPA 2023).
Pada sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 (MAPA 2023) yang diadakankan ini, En Sharul Rahman telah bertanding dengan calon-calon lain seramai 29 orang dan nombor calon En Sharul Rahman adalah Nombor 13.
Pada akhir sesi pengundian ini telah diumumkan bahawa En Sharul Rahman telah mendapat sebanyak 287 undian daripada perwakilan yang telah mengundi iaitu seramai 1,823 orang perwakilan dari seluruh negara.

Dengan pengumuman tersebut adalah dimaklukan bahawa En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah tewas pada pemilihan tersebut dan mendapat tempat ke-18 daripada 29 orang calon yang bertanding dari seluruh negara.
Walau tewas namun demikian tidak mematahkan semangat En Sharul Rahman untuk bekerja keras pada masa hadapan untuk menawan hati para perwakilan yang hadir pada sesi Mesyuarat Agung seterusnya nanti.
Untuk maklumat semua juga, ini adalah kali pertama beliau berjaya melayakan diri untuk bertanding jawatan Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 (MAPA 2023) setelah menang sebagai calon Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung pada Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2023) Perak yang telah diadakan pada 1hb Mac 2023 yang lalu.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah di atas keberanian beliau untuk memasuki gelanggang pada sesi pemilihan ini dan membuktikan bahwa KOPUBI Perak Bhd juga mampu setaraf dengan koperasi-koperasi bernama besar yang lain.
Dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 (MAPA 2023) ini, adalah diharapkan agar ANGKASA terus menerajui sektor koperasi di negara kita seterusnya memainkan peranan besar di dalam membantu membangunkan koperasi anggota serta mampu mengemudi gerakan koperasi di Malaysia ini.
Semoga ANGKASA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sama-sama juga kita doakan kejayaan En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd pada sesi Pemilihan yang bakal diadakan pada masa hadapan.
KOPUBI Perak Bhd sentiasa memberi sokongan kepada segala usaha yang baik terhadap gerakan koperasi di Negeri Perak ini terutamanya gerak kerja yang diusahakan oleh ANGKASA Malaysia.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi
KOMEN TERKINI