
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 23hb Jun 2020 yang lalu pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan perbincangan dengan salah seorang influencer terkenal di tanah air kita iaitu Saudara Apit Wan Lebo.
Tujuan perjumpaan adalah bagi membincangkan strategi pemasaran produk-produk yang dipasarkan oleh pihak koperasi seperti Produk Bidara terutamanya.
Alhamdulillah, perbincangan telah berjalan dengan lancar dan sangat berjaya. Secara dasarnya kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama bagi menghasilan sebuah video pendek berkenaan produk yang dipasarkan oleh KOPUBI Perak Bhd.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perjanjian Usahasama Strategik Projek Pembekalan Buah Strawberry
Mewakili pihak koperasi bagi sesi perbincangan ini adalah Pengerusi En Sharul Rahman dan Ahli Lembaga En Shahrul Izam.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Api Wan Lebo kerana sudi memberi kerjasama yang baik untuk projek pemasaran ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga ini di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..”
En. Shahrul Izam Mustapha
Pemangku Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd
KOMEN TERKINI