
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 11hb Jun 2020 yang lalu Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan satu majlis ringkas iaitu majlis menandatangani perjanjian usahasama strategik projek pembekalan Buah Strawberry Segar, Jagung Susu Segar dan Ubi Segar dari Cameron Highlands.
Perjanjian usahasama ini telahdibuat di antara Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad dengan salah sebuah anak syarikat milik Tuan Syed Aznil yang merupakan salah seorang pengusaha Cafe di Cameron Highlands iaitu Paknil’s BBQ & Grill.
Pihak koperasi telah bersetuju untuk melabur di dalam projek ini melalui dana dari Tabung Usahawan KOPUBI Perak Bhd memandangkan projek ini sangat berdaya maju serta memberi pulangan ekonomi yang lumayan kepada pihak koperasi.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Penerimaan Laporan Audit KOPUBI Perak Bhd Bagi Tahun Kewangan 2019
Hasil pulangan keuntungan daripada projek ini sudah pasti akan dinikmati oleh Anggota Koperasi dalam bentuk dividen tahunan yang tinggi dan kita sedia maklum dividen yang akan di bayar bagi tahun 2019 adalah sebanyak 10%.
Insyallah, sama-sama kita doakan projek ini berjaya serta mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada koperasi disamping memberi keuntungan dividen yang lebih besar kepada anggota yang menyertai KOPUBI Perak Bhd. Aminn..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..”
Pn. Noorzalina Binti Mohd Yusof
Pemangku Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI