INFO: PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K – TARIKH PERMOHONAN & PEMBAYARAN
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula membuat permohonan mulai 1 April 2022.
Kebenaran Pengeluaran Khas KWSP ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu.
Pihak KWSP memaklumkan, tujuan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Bayaran BKM Tambahan RM500-RM300 Bagi Isi Rumah & Warga Emas
Namun, pihak KWSP juga menasihatkan pencarum mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu.
AMAUN PENGELUARAN
Amaun pengeluaran yang dibenarkan bagi pencarum yang memohon adalah minimum RM50 dan amaun maksimum sebanyak RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2.
Namun, jika simpanan akaun 2 tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan mengikut jumlah permohonan.
KAEDAH PEMBAYARAN
Pembayaran bagi pengeluaran khas ini dibuat dalam 1 bayaran sahaja mulai 20 April 2022.
Sebarang pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan dan bayaran pengeluaran khas adalah diutamakan berbanding pengeluaran lain.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP bagi adalah seperti berikut:
- Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah.
- Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap.
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.
CARA MEMOHON
Permohonan bagi pengeluaran khas ini boleh dibuat menerusi pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Semasa membuat permohonan, pencarum dikehendaki memastikan perkara berikut diambil perhatian:
- Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP.
- Baki simpanan KWSP disemak.
- No akaun bank adalah aktif (simpanan atau semasa).
- Akaun di atas nama sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran khas ini, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi talian pengeluaran khas di 03-8922 4848.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI