INFO: ePEMULA – TEBUS KREDIT e-WALLET BELIA RM150

Belia yang layak bakal memperoleh kredit e-wallet berjumlah RM150 menerusi ePemula seperti yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022.

Untuk makluman, kerajaan pada 29 Oktober 2021 yang lalu menerusi Belanjawan 2022 telah mengumumkan pelaksanaan ePemula yang merupakan insentif e-tunai yang diberikan kepada para belia.

Menerusi inisiatif ini, sebanyak RM300 juta diperuntukkan oleh kerajaan yang bakal memberikan sekitar 2 juta belia di seluruh negara.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: PengeluaranKhas KWSP RM10K– Tarikh Permohonan & Pembayaran

Pelaksanaan program ini dijangka akan bermula pada pertengahan bulan April tahun ini.

BELIA YANG LAYAK

Belia yang layak untuk menerima inisiatif ini adalah seperti berikut:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

PENYEDIA e-WALLET

Terdapat 4 penyedia perkhidmatan e-Wallet yang akan terlibat dalam inisiatif ini iaitu:

  • BigPay
  • GrabPay
  • Shopee Pay
  • Touch n Go eWallet

Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan Malaysia mengalu-alukan PKS yang masih belum mendaftar untuk menerima bayaran secara elektronik atau tanpa tunai untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan e-Wallet yang terlibat.

CARA MEMOHON

Setakat ini, Kementerian Kewangan Malaysia masih belum memperincikan cara untuk memohon bagi mendapatkan ePemula ini.

Namun, belia yang ingin membuat permohonan perlu mendaftar di salah satu aplikasi penyedia e-Wallet yang disebutkan sebelum ini sebelum membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai ePemula, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/ms/.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD