PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada bermula pada 23hb September sehingga 25hb September 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bahagian Kesejahteraan Komuniti untuk menyertai sebuah karnival yang telah dianjurkan oleh pihak Kementerian iaitu Karnival Jom Beli Rumah yang berlangsung di Perkarangan Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pemantauan Peserta PEKB 2022 Bagi Bulan September 2022

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada karnival ini telah diketuai oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) iaitu En. Sharul Rahman serta telah dibantu oleh Setiausaha PUBI Perak iaitu En Haizul Fakarudin dan juga Bendahari PUBI Saudara Mohammad Nafis.

Seramai 3 orang peserta daripada program yang telah diselia oleh PUBI Perak sejak 2021 yang lalu turut mewakili PUBI Perak menyertai Karnival yang julong kali dianjurkan oleh Pihak Kementerian ini.

Melalui penyertaan karnival ini, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mempekenalkan produk-produk usahawan di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2021 dan juga 2022.

Karnival Jom Beli Rumah yang berlangsung selama 3 hari ini telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Malaysia.

Sebanyak 40 pempamer dari pemaju perumahan, institusi kewangan dan agensi kerajaan telah menyertai karnival yang sungguh meriah ini termasuklah 40 pempamer Jualan Usahawan Industri kecil dan Sederhana

Antara aktiviti lain yang disediakan oleh pihak penganjur adalah seperti Forum Perdana, Bicara Hartanah, Borak Usahawan: KUSKOP, Pameran Kebombaan iaitu Abang Sado Bomba, Adik Haziq Bomba Cilik serta Jualan Dapur Bomba (Fire Kitchen), Demonstrasi Kebombaan dan Bicara Polis yang bertajuk: SCAMMER.

Antara pengunjung yang singgah ke Booth PUBI Perak serta membeli belah di booth kami.

Tidak ketinggalan karnival ini turut menyediakan kepada para pengunjung pelbagai persembahan selebriti tanah air seperti Dato’ Jamal Abdulillah, Dato’ Hattan, Kumpulan Bunkface, Live Band by The Trush Band serta Hot FM Zoomers.

Selain itu turut membawakan aktiviti Cabutan Bertuah, Autoshow dan Kaunter Diskaun PDRM & MPSP serta Kaunter Perkhidmatan JPJ, pertandingan Karaoke Lagu Patriotik, Pertandingan Mewarna, Playland Inflatable, Fun Inflatable dan Mini Fun Fair.

Terdapat juga pelbagai acara sukan dipertandingkan pada karnival Jom Beli Rumah anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini seperti E-Sport Piala YB Menteri KPKT, Jom Laghi@Kepala Batas, Penalti Kilat, serta Lontaq Deraih.

Alhamdulillah, karnival yang berlangsung selama 3 hari ini telah berjalan dengan lancar serta telah berjaya memperkenalkan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) kepada masyarakat umum sebagai salah sebuah NGO yang kompeten serta konsisten di dalam usaha membangunkan usahawan melalui program-program yang telah dijalankan.

Syukur juga ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi menyertai Karnival berskala besar ini serta di dalam masa yang sama dapat membantu masyarakat meningkatkan ekonomi terutamanya golongan yang terjejas ekoran pandemik covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ke atas rakyat Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk menyertai karnival ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Antara selebriti yang hadir membuat persembahan pada karnival tersebut iaitu Dato’ Hattan.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramPEKB #KarnivalJomBeliRumah #PEKB2021 #PEKB2022