KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah sedang di dalam usaha untuk membuka sebuah pejabat urusan yang baharu bagi operasi di Daerah Tengah dengan sebuah pejabat operasi yang lengkap dengan fasiliti.
Susulan daripada itu, pada mesyuarat lembaga bertartikh 30hb Jun 2021 yang lalu telah meluluskan satu usul pembukaan cawangan koperasi bagi menjalankan operasi perkhidmatan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di Daerah Perak Tengah serta meluluskan bajet perbelanjaan bagi tujuan tersebut.
Lokasi pejabat urusan cawangan Perak Tengah tersebut adalah di tingkat 1 Premis Perkhidmatan Penghantaran J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd yang telahpun beroperasi sejak bulan November tahun lalu di Taman Maju yang berhadapan Pasaraya Besar Tesco Bandar Seri Iskandar, Perak.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Lawatan Tapak Cadangan Premis Cawangan KOPUBI Dan redONE
Alhamdulillah, dengan izinNya proses renovasi pejabat urusan ini telah bermula pada 18hb September 2021 yang lalu dan sedang berjalan dengan lancar serta mengikut jadual yang dirancang iaitu bermula dengan operasi pembersihan premis, pemasangan partition, pemasangan wiring elektrik, kemasukan bekalan elektrik dan air serta operasi mengecat keseluruhan bangunan tesebut.
Operasi renovasi ini masih berjalan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan November 2021 ini nanti.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini memjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI