INFO: PERMOHONAN GERAN MIKRO PERMULAAN PERNIAGAAN SEBANYAK RM3,000 MELALUI PROGRAM N-GENE

N-GENE merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah.

Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais. Peserta juga akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak RM3,000/seorang.

YAB Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 telah mengumumkan program ini sebagai salah satu inisiatif PEMERKASA untuk menjana semula ekonomi negara melalui peningkatan bilangan usahawan baru dalam kalangan belia graduan.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: BPR Fasa 3 – Semakan Baki Bayaran Mulai 28 Sept Mengikut Kategori

Selain itu, program ini turut disenaraikan sebagai program di bawah kerjasama MEDAC-KPT-KBS dan juga Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC Pasca COVID-19.

Program ini diterajui oleh unit PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama dari SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional.

MANFAAT PROGRAM

  1. Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA;
  2. Geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000; dan
  3. Dipadankan dengan perniagaan francais / pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan

KRITERIA PESERTA

  1. Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 40 tahun;
  2. Graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan ini;
  3. Kriteria tambahan:
    • Baru memulakan perniagaan; atau
    • Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan

STRUKTUR LATIHAN

PENDAFTARAN

Graduan / Belia yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam program N-GENE, boleh mengemukakan penyertaan melalui saluran di bawah. Sila pastikan anda memilih saluran yang betul berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Graduan / belia yang baru memulakan perniagaan;

Graduan / belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan,
sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30hb September 2021. Anda juga boleh imbas kod pada poster di bawah untuk mendaftar.

PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi Sekretariat yang bertugas seperti berikut:

Alamat e-melprotege.ngene@medac.gov.my
Nombor telefon03-2935 8989 (sambungan 302)
Pn. Nurul Syarmiera binti Yusof
En. Muhammad Haiban bin Mohd Rohim
En. Ahmad Nazrin Shah bin Ahmad Nazimuddin

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD