KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 6hb September 2021 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman telah mengadakan lawatan ke premis cadangan untuk pembukaan cawangan baharu operasi KOPUBI Perak Bhd dan perniagaan perkhidmatan telekomunikasi dengan menggunakan jenama premium RedONE.

Turut serta bersama lawatan ini adalah wakil daripada pihak RedONE daripada Ibu Pejabat Negeri Perak iaitu En Salehudin Isa selaku Channel Manager RedONE dan Executive Sales En Azlan Baharul.

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd dijangka akan melebarkan sayap perniagaannya di dalam bidang perkhidmatan telekomunikasi di bawah jenama RedONE Network Sdn Bhd. J&T Malaysia hasil usahasama yang berjaya dijalinkan di antara kedua-dua pihak baru-baru ini

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Lawatan Kerja KOPUBI Ke Pejabat Urusan RedONE Perak

Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini memjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia