HEBAHAN MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI) KALI KEEMPAT TAHUN 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa setelah lebih 5 tahun penubuhan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak atau lebih dikenali sebagai PUBI, maka tibalah acara dwi-tahunan yang wajib diadakan selaras dengan peruntukkan perlembagaan persatuan iaitu kewajiban menjalankan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan.
Insyallah, Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-4 tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 16hb Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Aplikasi Google Meet
AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Sesi Perbincangan Bagi Melaksanakan Program PEKB Tahun 2021
Notis Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PUBI Perak Kali Ke-4 telah diedarkan secara di dalam talian melalui media sosial rasmi persatuan untuk makluman kepada ahli-ahli berdaftar persatuan di seluruh Negeri Perak terutamanya di bandar Ipoh ini.
Untuk makluman semua juga, Mesyuarat Dwi-Tahunan ini akan diadakan secara di atas talian dan ini adalah julung kali diadakan setelah mengambil kira situasi Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sejak tahun lepas.
Sama-samalah kita mendoakan agar Majlis Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan yang dirancang ini akan menjadi kenyataan serta berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan penganjuran Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ini bolehlah menghubungi Setiausaha Kehormat persatuan di talian 017-514 0569 (Tuan Haizul).
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI