KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 16hb Jan 2022 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Bulanan Staf Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) Bilangan 01/22 bertempat di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd, Station 18 Ipoh Perak.
Mesyuarat bulanan ini diadakan secara bulanan bagi menyeragamkan serta memantapkan operasi perniagaan yang dijalankan serta dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd.
Untuk makluman semua, ini adalah mesyuarat pertama bagi tahun ini dan telah dipengerusikan oleh En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Koperasi serta dihadiri oleh 4 orang staf KOPUBI yang terdiri daripada Pn Amira, selaku Pembantu Penyelia Koperasi, En Zai selaku Pembantu Tadbir Koperasi, Cik Aisyah dan En Hazmi selaku Pembantu Khidmatan Pelanggan Koperasi.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI BIL 04-2021
Mesyuarat ini turut membincangkan hal ehwal pengurusan serta operasi PCP J&T Express yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Bota Perak disamping meneliti prestasi perkhidmatan penghantaran barang ekspress yang telah ditawarkan kepada penduduk setempat.
Mesyuarat ini turut membincangkan banyak perkara termasuk hal ehwal pengurusan operasi koperasi serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada anggota serta orang ramai disamping membincangkan kaedah promosi untuk meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi ini.
Alhamdulillah, para staf KOPUBI Perak Bhd yang telah dilantik ini sangat komited untuk membangunkan koperasi serta memajukan gerakan koperasi di Negeri Perak terutamanya disamping meningkatkan ekonomi di seluruh bandar.
Didoakan agar dipermudahkan segala urusan operasi KOPUBI Perak Bhd ini yang mana sedang dalam usaha untuk menjayakan misi & visi koperasi untuk membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi
KOMEN TERKINI