PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 17hb Januari 2022 yang lalu, telah berlangsung sebuah perjumpaan bersama Gabungan Penganjur Pasar Malam Kinta (GPPMK) di pejabat urusan Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak Cawangan Kinta.
Mewakli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan, En Khairul Akhmal dan EN Farhan Zafri selaku Ahli Jawatankuasa Induk PUBI.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kunjung Hormat Bertemu YB Zainol Fadzi
Turut hadir pada perjumpaan ini adalah En. Jaafar selaku Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG) dan En Zahari selaku Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak Cawangan Kinta manakala sebuah lagi Gabungan NGO iaitu Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA) tidak dapat menghantar wakil mereka untuk hadir pada perjumpaan ini.
Perbincangan hampir dua jam ini membincangkan hala tuju dan kabajikan ahli-ahli yang bernaung di bawah persatuan masing-masing serta peniaga-peniaga yang berniaga di bawah pasar malam anjuran persatuan yang terlibat.
Gabungan juga turut membincangkan masalah-masalah dan isu-isu terkini berkaitan pembayaran lesen penjaja yang baru dikeluarkan oleh pihak MBI serta berhasrat untuk menghantar satu memorandum kepada YAB Menteri Besar Perak agar menimbang semula kadar baharu lesen penjaja tersebut yang dijangka akan membebankan peniaga serta penjaja kecil di Bandar Ipoh ini.
Alhamdulillah, perbincangan berjalan dengan lancar dan gabungan ini akan diperkukuhkan pada masa hadapan demi peniaga-peniaga pasar malam di Daerah Kinta.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju bersama di dalam gabungan yang berjaya ditubuhkan dan berdaya saing sebagai sebuah Gabungan Persatuan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI