KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb Disember 2021 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil.04/2021 bagi sesi tahun 2021/2022 di Pejabat Urusan KOPUBI PErak Bhd, Station 18 Ipoh Perak.

Ini adalah Mesyuarat Pertama bagi membentuk Ahli Lembaga yang baharu setelah berjaya dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd yang telah berlangsung pada 31hb Oktober 2021 yang lalu.

Pada mesyuarat tersebut, En. Sharul Rahman telah dipilih sebagai Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd berkuat kuasa serta merta diikuti oleh pelantikan En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Perjumpaan Bersama Team Pengurusan J&T Express Regional Perak

Turut dilantik sebagai Bendahari Koperasi adalah Puan Samsiah manakala Pn Zuraida telah dilantik sebagai Penolong Bendahari merangkap Penolong Setiausaha Koperasi.

Barisan Ahli Lembaga yang telah dilantik adalah En. Shahrul Izam, Pn Norhuda, Pn Siti Zaharah, En Khairul Akhmal dan En Razali.

Seterusnya En Sharul Rahman mempengerusi mesyuarat tersebut dipengerusikan serta membentangkan strategi pemantapan koperasi serta membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang bakal dijalankan pada suku pertama tahun 2022 yang bakal menjelma ini.

Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang telah dilantik dan mereka adalah individu yang sangat komited untuk memajukan gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga ini di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#KOPUBI#KoperasiUsahawan