KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 24hb Mei 2024 yang lalu telah berlangsung satu perjumpaan di antara pihak KOPUBI Perak Bhd dan Team Marketing TM Malaysia Cawangan Negeri Perak bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan ini adalah bagi membincangkan tawaran Pakej Digital Marketing Solution (DMS) yang ditawarkan oleh Pihak TM untuk memaju perniagaan Koperasi.

Mewakili perjumpaan ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman dan turut disertai oleh dua orang Anggota KOPUBI Perak Bd iaitu Saudara Mohammad Nafis dan juga Saudara Aiman masing-masing menjawat jawatan Juruaudit Dalaman Koperasi dan juga JK Penentusah Minit MAT KOPUBI Perak Bhd.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Juruaudit Koperasi

Mewakili TM Malaysia Cawangan Negeri Perak pula adalah En. Nazri dari jabatan Unifi Business Perak. Alhamdulillah, perbincangan ini telah berjalan dengan baik dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan usaha yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Untuk makluman semua juga, pada sesi perjumpaan ini telah berlangsung Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Utara anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bersama Kerajaan Negeri Perak selama 3 hari iaitu bermula pada 24hb sehingga 26hb April 2024 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan khas buat pengunjung yang hadir. Antaranya Booth Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Pocket Talk. Jualan Madani Koperasi dan Usahawan, Sesi Padanan Perniagaan, Demonstrasi dan Jualan Produk Usahawan SDSI Wilayah Utara, Pertandingan Karaoke, Cabutan Bertuan, Pertandingan Mewarna, Persembahan Kebudayaan dan banyak lagi.

Mewakili perjumpaan ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman dan turut disertai oleh dua orang Anggota KOPUBI Perak Bd iaitu Saudara Mohammad Nafis dan juga Saudara Aiman masing-masing menjawat jawatan Juruaudit Dalaman Koperasi dan juga JK Penentusah Minit MAT KOPUBI Perak Bhd.

KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi Usahawan di Bandar Ipoh ini sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil serta Koperasi di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 hingga ke 10 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia