PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 23hb Jun 2024 yang lalu, telah berlangsung sebuah Sesi Libat Urus Berkaitan Kurikulum Persekolahan 2027 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Perak, Ipoh Perak.

Program yang sangat bermanfaat ini adalah bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada NGO terpilih serta membuat kajian semula Kurikulum Persekolahan bagi tahun 2027 dalam menambah baik kurikulum persekolahan untuk memenuhi keperluan pendidikan di kalangan murid serta pelajar sekolah di Malaysia.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 02/2024

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan ke arah yang lebih mampan dan selari dengan perubahan persekitaran semasa serta.

Sesi ini telah dihadiri oleh beberapa persatuan (NGO) terpilih termasuk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) yang telah diwakili oleh Setiausaha Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin dan dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Nor Azlina dan juga Saudara Aiman.

Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana para peserta telah memberi input-input yang berguna kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak berkaitan mendapatkan pandangan dan cadangan daripada NGO Terpilih berkaitan Kurikulum Persekolahan bagi tahun 2027.

Turut hadir pada sesi libat ini adalah Dato’ Mohamad Fauzi Bin Mahson, D.P.M.P., A.M.P., Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan En. Safuan bin Hj Raba’ai, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

PUBI Perak komited dalam membangunkan usahawan dan menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan melalui Sesi Libat Urus Kurikulum Persekolahan 2027.

Semoga dengan berjayanya sesi ini maka akan melahirkan generasi yang kompiten serta berdaya maju di samping melahirkan kelompok pelajar yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini terutamanya.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan