
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 24hb April 2024 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk menghadiri sebuah Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran CGC Cawangan Negeri Perak yang telah berlangsung di M Roof Hotel Ipoh, Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Operasi Bazar Ramadan Taman Temara Anjuran PUBI Perak
Alhamdulillah, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta yang lain telah hadir bagi menyerikan majlis tersebut.
Menghadiri majlis ini bagi mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah Setiausaha Kehormat Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin, Bendahari Persatuan Saudara Mohamad Nafis serta dua orang Ahli Jawatankuasa PUBI Perak iaitu En Khairul Akmal dan juga Saudara Aiman.
Turut hadir bersama ke majlis ini Pn. Punitha Jeyabalan selaku Pengurus CGC Cawangan Ipoh dan En. Khusairi Abu Kassim selaku Timbalan Pengurus CGC Cawangan Ipoh.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan CGC Cawangan Ipoh kerana sudi menjemput Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak untuk memeriahkan masjlis ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang murni di dalam menyantuni masyarakat di samping menganjurkan aktiviti bagi membangunkan usahawan serta bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI