TERKINI – HAIZUL FAKARUDIN DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA PUBI PERAK YANG BAHARU BAGI SESI 2021/23

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Saudara Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan sebagai Setiausaha Kehormat yang baharu berkuat serta-merta bagi memperkasa gerakan NGO usahawan yang diusahakan oleh PUBI Perak sejak penubuhannya pada 15 April 2016 yang lalu.

Haizul Fakarudin (40), mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang keusahawan dan NGO telah menjadi Ahli persatuan pada awal penubuhan persatuan serta pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bagi tahun 2016 sehingga 2017 yang lalu.

Beliau juga merupakan pengasas bersama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan telah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Penaja koperasi pada 15 Disember 2017.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 03/2021

Pelantikan Saudara Haizul Fakarudin sebagai setiausaha kehormat persatuan ini telah disokong penuh oleh seluruh Ahli Jawatankuasa Induk dan telah dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Bil 03/2021 yang berlangsung secara di dalam talian pada 29hb Jun 2021 yang lalu.

Pada mesyuarat tersebut juga Ahli Jawatankuasa Induk telah bersetuju untuk merombak portfolio Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak bagi sesi 2021/23 supaya dapat lebih memperkasa gerakan NGO yang telah diterajui oleh PUBI Perak sejak awal penubuhannya bagi mencapai objektif serta matlamat yang telah disasarkan.

Perubahan portfolio yang dirombak adalah pelantikan Pn. Norhuda Binti Abd Razak sebagai Penolong Bendahari untuk membantu tugas-tugas kewangan serta operasi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak.

Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak menganggap keputusan ini adalah sangat tepat dan beryakinan dengan pelantikan Saudara Haizul Fakarudin sebagai Setiausaha dan Pn. Norhuda Binti Abd Razak sebagai Penolong Bendahari akan mengukuhkan serta memantapkan lagi struktur PUBI Perak pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd menyifatkan pelantikan ini adalah tepat dan kena pada masanya di saat PUBI Perak sedang berkembang pesat serta rancak memacu kegiatan keusahawan di Negeri Perak ini terutamanya di Bandar Ipoh.

Haizul Fakarudin adalah calon yang sangat berpengalaman serta berwibawa. Saya amat berkeyakinan dengan pengalaman yang beliau ada akan mampu membawa PUBI Perak ke peringkat yang lebih tinggi serta membawa satu dimensi yang baru kepada PUBI Perak. Semoga beliau dapat memberi khidmat yang terbaik serta mampu mengalas tugas dengan penuh bertanggungjawab. Insyallah.

En Sharul Rahman
Pengerusi PUBI Perak

BERIKUT ADALAH SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK SESI 2021/23;

Ahli Jawatankuasa Tertinggi

Pengerusi : Sharul Baha Bin Abd Rahman
Timbalan Pengerusi : Shahrul Izam Bin Mustapha
Naib Pengerusi : Kudus Ali Novel Bin Mohamat Yunus
Setiausaha : Haizul Fakarudin Bin Mohamed Redzuan
Penolong Setiausaha : Zuraida Binti Zulkepli
Bendahari : Mohammad Nafis Bin Zamah Sari
Penolong Bendahari : Norhuda Binti Abdul Razak

Ahli Jawatankuasa Induk :

  1. Samsiah Binti Abdullah@Ahmad
  2. Jamaliah Binti Md Yatim
  3. Muhammad Farhan Bin Che Zafri

Ahli Jawatankuasa Kecil :

  1. Nor Azlina (Jawatankuasa Kecil)
  2. Nik Naihasra (Jawatankuasa Kecil)
  3. Khairul Azli (Jawatankuasa Kecil)
  4. Wan Muhammad Faizal (Jawatankuasa Kecil)

Juruaudit Dalaman :

  • Yusniyati (Juruaudit Dalaman)
  • Mohd Ridzuan (Juruaudit Dalaman)

Semoga barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang bagi sesi 2021/23 ini akan dapat membawa PUBI Perak ke satu tahap yang lebih tinggi serta menjadi salah sebuah sebuah NGO usahawan yang sangat disegani dan dihormati di Bandaraya Ipoh ini.

Insyallah..

Leave a Reply