PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN SEKRETRIAT KEUSAHAWANAN PERINGKAT NEGERI PERAK YANG BERLANGSUNG DI PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNP DI MERU, IPOH PERAK
Tetamu kehormat bagi majlis ini adalah YAB Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu. Turut hadir adalah YB Asmuni Awi selaku Exco bagi pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah Timbalan Pengerusi En Nor Adzman Bin Nali dan juga Ahli Jawatankuasa Induk Tuan Abu Naufal.
Semoga dengan penubuhan sekretriat ini akan membantu para usahawan meningkatkan lagi ekonomi masing-masing disamping merancakkan pertumbuhan ekonomi di Negeri Perak ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>
SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN NEGERI PERAK (SUPER) PUSAT SEHENTI PELBAGAI AGENSI UNTUK BANTU USAHAWAN
Berminat nak mulakan perniagaan atau nak kembangkan perniagaan? Tapi tak tahu kat mana nak dapatkan bantuan untuk pinjaman dan bimbingan? Letih turun naik tangga satu agensi ke agensi lain sebab nak dapatkan bantuan?
Alhamdulillah, lepas ni yob dan yong cuma perlu ke pejabat Sekretariat Pembangunan Keusahawanan Negeri Perak (SUPER). Banyak agensi kerajaan negeri dan persekutuan ditempatkan di bawah satu bumbung; Yayasan Perak, PKNP, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Tekun Nasional.
Kat mana tu? Di Bangunan Usahawan PKNP. Senang ja, sebelum sampai Bangunan PTTC Meru, di sebelah kiri. Ada apa di sini? Semua ada – maklumat berkaitan inisiatif kerajaan, pembiayaan serta pinjaman kewangan.
Selain itu SUPER juga akan bantu anjurkan kursus, seminar serta aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti karnival atau ekspo. Yob dan yong para usahawan juga digalakkan gunakan kemudahan di fasiliti di sini, antaranya dewan seminar dan bilik-bilik mesyuarat untuk bina rangkaian perniagaan dan business matching, selain dimanfaatkan sebagai pusat promosi produk masing-masing.
Inisiatif SUPER ini juga adalah pelengkap kepada peruntukan berjumlah RM5 juta Bantuan Tabung Usahawan dalam Bajet 2019 negeri Perak. Tabung ini yang diuruskan oleh Yayasan Perak, menawarkan kemudahan kredit sehingga RM20,000 untuk golongan usahawan dan usahawan muda dari golongan B40.
KOMEN TERKINI