
PUBI PERAK SEBAGAI SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG PALING AKTIF SERTA DIIKTIRAF DI NEGERI PERAK MENYOKONG PENUH PENGANJURAN KARNIAL BERSAMA KOMUNITI SK PENGKALAN INI!
Wow!! Buat julong kalinya SK Pengkalan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa PIBG SK Pengkalan menganjurkan sebuah acara terbesar dan gempak tahun 2019 iaitu ‘Karnival Bersama Komuniti SK Pengkalan 2019!’
Ini adalah acara terbesar yang dianjurkan bagi meraikan komuniti setempat di sekitar sekolah dan meraikan kanak-kanak termasuklah murid-murid di SK Pengkalan disamping mengutip dana untuk tabung PIBG Sekolah.
Macam-macam acara yang best dan hebat disediakan disepanjang karnival berlangsung seperti acara permainan, gerai jualan serta pameran agensi kerajaan dan swasta.
Anda semua boleh berhibur disamping keluarga dan bersantai disamping berpeluang beramah-mesra dengan guru-guru SK Pengkalan.
Antara permainan yang disediakan di karnival ini adalah:
1. Giant Bubble
2. Rumah Hantu
3. Target Shooting
4. Maze Park
5. Double Seater Bicycle
6. Inflatable Soopa Doopa Waterslide
7. Pool dan sebagainya.
Agensi kerajaan seperti SSPN, BOMBA dan AADK juga terlibat dan akan hadir untuk membuka pameran masing-masing disamping turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Kepada yang ingin membuka gerai jualan pada hari karnival ini berlangsung bolehlah menghubungi pihak sekolah di talian 013-4634053 (Cikgu Fauziani). Harga sewaan tapak perniagaan adalah serendah RM50 beserta deposit penbersihan sebanyak RM20 sahaja.
Jom kepada semua penduduk di sekitar Pengkalan dan Station 18 Ipoh Perak kita ramai-ramai serbu ‘Karnival Bersama Komuniti SK Pengkalan 2019!’ yang bakal berlangsung pada 29hb Jun 2019 ini bersamaan dengan hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 4 petang di SK Pengkalan, Taman Pinji Mewah, Ipoh Perak!
Moh komer!
Lokasi SK Pengkalan, Taman Pinji Mewah, Ipoh Perak
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Guru Besar SK Pengkalan serta guru-guru yang terlibat dengan penganjuran Karnival Bersama Komuniti SK Pengkalan 2019 serta Ahli Jawatankuasa PIBG SK Pengkalan yang terlibat.
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) menyokong penuh penganjuran ini dan mendoakan agar usaha ini berjaya serta memberi impak kepada masyarakat setempat.
Insyallah…
KOMEN TERKINI