KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 25hb November 2023 yang lalu, Pejabat Urusan Kumpulan PUBI yang baharu di alamat No. 83A, Medan Stesen 18/1, Stesen 18, Ipoh Perak Darul Ridzuan telah menerima papan tanda yang baharu dan berjaya dipasang dengan baik sekali.

AKTIVITI KUMPULAN PUBI SEBELUM INI: Majlis Perpisahan Pelajar Intern Kumpulan PUBI

Syukur pada hari bersejarah tersebut dengan naiknya papan tanda Pejabat Urusan Kumpulan PUBI ini maka secara rasminya Kumpulan PUBI akan beroperasi di Pejabat Urusan yang baharu ni dan telah berpindah sepenuhnya dari lokasi yang lama sebelum ini.

Untuk makluman semua, Kumpulan PUBI akan beroperasi di bangunan ini sepenuhnya yang mana akan menguruskan segala urusan pengoperasian NGO PUBI Perak dan Juga Koperasi KOPUBI Perak Bhd.

Oleh itu, Ahli-ahli Persatuan dan juga Anggota Koperasi yang ingin berurusan bolehlah hadir ke alamat seperti mana dinyatakan di atas bagi segala urusan berkaitan PUBI Perak dan juga KOPUBI.

Insyallah, pada tahun 2024 Kumpulan PUBI akan meneruskan segala usaha yang telah dilaksanakan serta direncana selama ini di dalam usaha membangunkan usahawan serta gerakan Koperasi di Bandar Ipoh secara umumnya dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Sama-samalah kita doakan agar Kumpulan PUBI terus maju ke hadapan seterusnya menjadi contoh kepada badan bukan kerajaan yang lainnya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia