PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 7hb September 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri ke sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2021 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Perbincangan Bersama NGO Berkaitan PKS Negeri Perak

Sesi perbincangan bagi pelaksanaan program ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Muhamad Bin Musa selaku Setiausaha Bahagian (Kesejahteraan Bandar) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke sesi ini pula adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman, Setiausaha Kehormat Persatuan En Haizul serta Bendahari Kehormat Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis.

Objektif utama sesi yang diadakan ini adalah untuk membincangkan SOP serta kaedah pelaksaan program sewaktu pasca covid-19 memandangkan program ini telah tertangguh pelaksanaannya sejak bulan jun tahun ini.

Pada sesi, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah hadir sebagai salah sebuah NGO bagi melaksanakan sebuah program yang dijalankan di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2021 bersama dengan 20 buah persatuan lain yang berjaya dipilih dari seluruh Negara.

Syukur juga ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi melaksanakan program yang bakal membantu masyarakat meningkatkan ekonomi terutamanya golongan yang terjejas ekoran pandemik covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ke atas rakyat Malaysia.

Dato’ Muhamad Bin Musa selaku Setiausaha Bahagian (Kesejahteraan Bandar) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mempengerusikan sesi perbincangan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) untuk melaksanakan program ini di bawah kementerian dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak