KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 20hb Januari 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke tapak tanaman cili fertigasi yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.
Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Pemangku Ahli Lembaga Koperasi iaitu En Khairul Akhmal.
Tujuan utama lawatan adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri pertanian di negara kita ini terutamanya di dalam bidang penanaman cili.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Mesyuarat Bulanan Staf KOPUBI Perak Bhd Bil-01/22
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Engku Saif yang telah mempekenalkan KOPUBI kepada industri ini serta menerima kunjungan kami dan memberi layanan yang terbaik kepada seluruh Ahli Lembaga KOPUBI yang hadir pada lawatan kerja tersebut.
Teknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan.
Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu ‘fertilizer’ dan ‘irrigation’ di mana dalam sistem ini, pembajaan dan
pengairan dilakukan secara serentak.
Sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di samping
meningkatkan hasil tanaman.
Penyakit bawaan tanah seperti pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman.
Banyak perkara yang dapat dipelajari oleh Ahli Lembaga pada hari tersebut dan pada sesi perbincangan kedua-dua pihak telah saling bertukar-tukar pandangan tentang cabaran yang dihadapi di dalam perniagaan demi kelangsungan terutamanya di waktu pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini.
Kami mendoakan agar jenama pertanian akan menjadi salah satu perniagaan yang akan diceburi oleh KOPUBI Perak Bhd pada masa hadapan seterusnya akan memberi impak ekonomi kepada rakyat di Negeri Perak ini.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI