PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 17hb Januari 2022 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk menghadiri ke Majlis Sesi Libat Urus Pemimpin Tempatan, Warga Keselamatan Dan Usahawan sempena MESRA bertempat di Dewan Komuniti Chemor.

Tetamu kehormat bagi majlis ini adalah YAB Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad dan turut hadir juga adalah YB Dato’ Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin selaku Exco bagi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Gabungan Penganjur Pasar Malam Kinta

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak ke majlis ini adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI, En Shahrul Izam selaku Timbalan Pengerusi dan juga Ahli Jawatankuasa Induk En Khairul Akhmal.

Majlis yang berlangsung ini telah disertai oleh beberapa agensi keselamatan seperti RELA, kumpulan usahawan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, NGO-NGO berkaitan perniagaan dan lain-lain lagi.

Turut hadir adalah Gabungan Penganjur Pasar Malam Kinta yang terdiri daripada Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG), Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak Cawangan Kinta dan Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA).

Pelbagai idea dan pendapat terlah berjaya dibentangkan kepada YAB Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad selaku Menteri Besar Perak dan tidak ketinggalan wakil dari Gabungan telah mengemukakan satu memorandum kepada YAB dan telah disampaikan oleh wakil gabungan iaitu En Zahari selaku Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak Cawangan Kinta.

En. Khairul selaku Ahli Jawatankuasa PUBI sedang menanyakan soalan kepada YAB Menteri Besar Perak.

Memorandum tersebut memohon kebijaksanaan YAB Menteri Besar Perak untuk menimbang semula kadar baharu lesen penjaja yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dijangka akan membebankan peniaga serta penjaja kecil di Bandar Ipoh ini.

Semoga usaha yang dilakukan oleh pihak gabungan ini akan mendapat perhatian pihak kerajaan seterusnya dapat meningankan beban para peniaga dan penjaja kecil yang baharu sahaja memulakan perniagaan masing-masing pasca pandemik Covid-19 ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju bersama di dalam gabungan yang berjaya ditubuhkan dan berdaya saing sebagai sebuah Gabungan Persatuan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBI #NGOUsahawan #BerakhlakBerilmuBermotivasi