KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 29hb Januari 2022 yang lalu, Pengerusi Kumpulan PUBI iaitu En. Sharul Rahman bersama dengan Bendari Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) Saudara Mohammad Nafis dan AJK Induk PUBI, En Farhan Zafri telah mengadakan lawatan ke lokasi Mesyuarat Ahli Majlis Kumpulan PUBI yang pertama kali akan diadakan pada 30hb Januari 2022.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Penyerahan Sumbangan Kepada Balu Allahyarham Kudus Alie Novel
Mesyuarat ini akan berlangsung di Tower Regency Hotel & Apartments Ipoh Perak bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang dan dijangka seramai 25 orang Ahli Majlis Kumpulan PUBI bagi tahun 2022 termasuk staf sokongan Kumpulan PUBI akan hadir ke mesyuarat yang julung kali diadakan ini.
Mesyuarat ini antara lain akan menetapkan hala tuju serta matlamat baharu bagi Kumpulan PUBI yang sudah berusia 5 tahun ini. Disamping itu, satu majlis penyampaian watikah pelantikan jawatan kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik secara rasminya pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persatuan tempoh hari.
Tetamu VIP yang dijangka hadir adalah Tuan Noor Azwan bin Ramli selaku Penasihat PUBI Perak yang telah lantik secara rasmi pada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persatuan kali ke-4 yang lalu.
Kumpulan PUBI adalah sebuah gabungan yang mengabungkan 2 buah entiti di bawah satu payung di mana kumpulan ini menjadi penggerak utama gerakan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI