
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 31hb Januari 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang pembuatan dedak yang terletak di Kampung Ayer Tawar, Perak.
Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Penolong Setiausaha merengkap Penolong Bendahari Koperasi iaitu Puan Zuraida Zulkepli.
Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri pertanian di negara kita ini terutamanya di dalam petenakan serta pembuatan makanan ternakan.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Lawatan Kerja Kopubi Ke Tapak Tanaman Cili Fertigasi
Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Nizam yang telah memperkenalkan KOPUBI kepada industri petenakan ini dan membuat temujanji bersama pemilik kilang tersebut serta memberi layanan yang terbaik kepada seluruh Ahli Lembaga KOPUBI yang hadir pada lawatan kerja tersebut.
Untuk makluman semua, kilang dedak ini telah hampir 2 tahun tidak beroperasi disebab oleh situasi pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia pada ketika ini.
Walaubagaimanapun pembuatan dedak makanan untuk ternakan haiwan seperti ayam dan kambing masih dijalankan secara manual dan beroperasi pada kadar minima.
Jika beroperasi sepenuhnya, kilang ini mampu mengeluarkan serta memproses lebih beratus tan dedak sebulan untuk dipasarkan ke seluruh Malaysia.

Banyak perkara yang dapat dipelajari oleh Ahli Lembaga pada hari tersebut dan pada sesi perbincangan kedua-dua pihak telah saling bertukar-tukar pandangan tentang cabaran yang dihadapi di dalam perniagaan demi kelangsungan terutamanya di waktu pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini.
Kami mendoakan agar jenama pertanian dan petenakan akan menjadi salah satu perniagaan yang akan diceburi oleh KOPUBI Perak Bhd pada masa hadapan seterusnya akan memberi impak ekonomi kepada rakyat di Negeri Perak ini.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI