KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 31hb Januari 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke sebuah ladang ternakan Kambing baka Anglo Nubian yang terletak di Kampung Ayer Tawar, Perak.
Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Penolong Setiausaha merengkap Penolong Bendahari Koperasi iaitu Puan Zuraida Zulkepli.
Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri pertanian di negara kita ini terutamanya di dalam petenakan kambing serta penghasilan baka.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Lawatan Kerja KOPUBI Ke Kilang Pembuatan Dedak
Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Nizam yang telah memperkenalkan KOPUBI kepada industri petenakan ini dan membuat temujanji bersama pemilik ladang tersebut serta memberi layanan yang terbaik kepada seluruh Ahli Lembaga KOPUBI yang hadir pada lawatan kerja tersebut.
Untuk makluman semua, ladang ternakan kambing ini sangat luas serta mampu memuatkan sebanyak 3,000 ekor kambing di dalam satu masa.
Anglo-Nubian adalah kambing besar, yang ditandai dengan kaki panjang, profil wajah yang sangat cembung, dan telinga panjang yang panjang. Kepala diangkat tinggi. Pada pengasuh mantelnya pendek dan licin, di biliar agak kasar dan lebih panjang.
Ini mungkin dari pelbagai jenis warna, sama ada padat atau dalam pelbagai corak berkilau, bermarmar atau berbintik-bintik; antara yang paling kerap adalah putih, krim, fawn, chestnut dan hitam.
Anglo-Nubian juga adalah kambing dwi-tujuan, diternak untuk daging kambing dan juga untuk susu. Anak-kanak kambing juga cepat gemuk untuk pengeluaran daging. Hasil susu tidak setinggi di beberapa baka kambing Swiss, tetapi susu mempunyai peratusan lemak yang lebih tinggi.
Kambing Anglo-Nubian biasanya akan memberi lebih kurang 3.9 kg susu setiap hari, dengan kandungan lemak purata kira-kira 4.8%. Hasil 24 jam tertinggi dicatatkan adalah sebanyak 8.25 kg, sementara hasil tahunan yang disahkan tertinggi berakhir pada 2500 kg.
Banyak perkara yang dapat dipelajari oleh Ahli Lembaga pada hari tersebut dan pada sesi perbincangan kedua-dua pihak telah saling bertukar-tukar pandangan tentang cabaran yang dihadapi di dalam perniagaan demi kelangsungan terutamanya di waktu pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini.
Kami mendoakan agar jenama pertanian dan petenakan akan menjadi salah satu perniagaan yang akan diceburi oleh KOPUBI Perak Bhd pada masa hadapan seterusnya akan memberi impak ekonomi kepada rakyat di Negeri Perak ini.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI