
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 30hb Januari 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan majlis penyerahan watikah pelantikan jawatan selaku Penasihat Persatuan kepada Tuan Nor Azwan Ramli bagi sesi 2021/23.
Ahli Majlis Kumpulan PUBI kepada 22 orang ahli majlis yang telah terpilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd baru-baru ini.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Bengkel Kemahiran Membuat Sos Cili Anjuran PUBI Perak
Majlis penyerahan watikah pelantikan itu telah berlangsung pada Mesyuarat Ahli Majlis Kumpulan PUBI Kali Pertama yang telah berlangsung di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh Perak.
Pelantikan ini adalah di atas dasar serta faktor bahawa beliau merupakan seorang yang aktivis yang berpengalaman luas di dalam aktiviti kebajikan & NGO serta merupakan seorang usahawan dimana beliau telah mengusahakan sebuah restoran asam pedas yang dikenali di Gopeng Perak.
Beliau juga pada ketika ini sedang menjawat jawatan selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG di salah sebuah sekolah di daerah Kampar, Perak. Selain itu, beliau juga sedang giat mengusahakan sebuah Kebun Durian (Musang King) dan Resort Pelancongan Pertanian di Gopeng Perak.
Berdasarkan pengalaman yang sangat luas di dalam bidang keusahawanan serta kemahiran beliau di dalam memacu NGO sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada Kumpulan PUBI seterusnya menjadi salah sebuah NGO dan Koperasi usahawan yang disegani di Negeri Perak ini secara khususnya.
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak ingin merakam ucapan setinggi tahniah kepada Tuan Nor Azwan Ramli yang telah menerima watikah pelantikan tersebut dan diharapkan dengan pelantikan ini akan memantapkan gerak kerja Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) sebagai salah sebuah NGO usahawan yang aktif di Bandaraya Ipoh ini.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..

KOMEN TERKINI