KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 2hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan kerja dan tapak ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang terletak di Batu Gajah Perak.

Hadir ke lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama lawatan ini adalah menawarkan sebut harga serta mendengar taklimat berkaitan kontrak perkhidmatan membersih, menyelenggara, mencuci kawasan dan kerja-kerja landskap di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.

Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Tuan Vijayan Kumar A/L Nadarajan telah mengalu-alukan kedatangan para kontraktor perkhidmatan kebersihan dan landskap serta menyampaikan taklimat ringkas di auditorium dan turut hadir adalah Encik Azlan bin Hussain, Timbalan Pengarah APBM.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Membekalkan Produk Paper Straw Kepada Restoran Miker Pizza

Setelah para kontraktor perkhidmatan mendengar taklimat berkaitan kontrak yang ditawarkan, seterusnya mereka telah di bawa oleh Kakitangan Akademi Pembangunan Belia Malaysia melawat kawasan-kawasan di sekitar bangunan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM).

Untuk makluman semua, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) telah ditubuhkan oleh Jabatan Belia dan Sukan dengan obktif utama untuk membentuk dan melatih usahawan belia yang berilmu. Di samping itu APBM juga berhasrat untuk membangunkan potensi dan kemahiran keusahawanan dikalangan peniaga belia serta menjadi katalis pembangunan ekonomi belia.

APBM juga bertindak sebagai ‘incubator’ dan ‘resource linker’ kepada usahawan belia dan menjadi ‘resource centre’ yang membekalkan maklumat mutahir dalam bidang keusahawanan serta meningkatkan kemahiran niaga dikalangan belia dari peringkat sijil.

Kumpulan sasar Akademi Pembangunan Belia Malaysia adalah warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun dan belia yang berminat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Usahawan belia yang sedang mengusahakan perniagaan dan belia yang ingin menambah pengetahuan serta kemahiran di bidang keusahawanan dan Bekas-Bekas pelatih IKBN serta Penjawat awam yang relevan juga adalah kumpulan sasar akademi ini.

Bagi sebut harga perkhidmatan membersih, menyelenggara, mencuci kawasan dan kerja-kerja landskap di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak ini, pihak KOPUBI Perak Bhd sangat berminat untuk menawarkan diri secara rasmi sebagai salah sebuah kontraktor yang menawarkan perkhidmatan seperti mana ditawarkan.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBIPerakBhd #KOPUBI #KoperasiUsahawan #KumpulanPUBI