PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini, Pada 4hb Ogos 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dijemput untuk menghadir ke Majlis Perlancaran Putik, Program Sil Dan Aplikasi Stopover yang diadakan di Hotel M Roof Hotel and Residence, Ipoh Perak dan hadir mewakili PUBI Perak ke majlis itu adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Asas Pemasaran Berkesan (Siri-2)
Perasmi bagi Majlis Pelancaran ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak iaitu Yang Berhormat Khairul Shahril Mohamed
Turut hadir adalah En. Norali Nordin selaku Pengerusi PUTIK, En. Nizran Noordin, Ketua Eksekutif Maju Perak Holdings Berhad, En. Meor Rezal Fitri, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation Holdings dan En. Nor Afzanizam Abd Manan, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Perak (MBInc).
Kerajaan negeri melalui Pertubuhan Usahawan Teknologi Inovasi dan Kreativiti Kinta, Perak (Putik) melancarkan aplikasi perniagaan digital Stopover yang boleh diakses di seluruh dunia bagi membantu usahawan mempromosikan produk mereka dalam pemasaran digital.
Dengan aplikasi yang dilancarkan oleh pihak PUTIK ini dilihat dapat memberi ruang yang lebih besar untuk negeri Perak melahirkan lebih ramai anak muda yang berbakat dalam memenuhi keperluan pemain industri bagi mengisi ruang kepakaran digital.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga aplikasi berupaya membantu usahawan seperti mana diimpikan dan semoga ekonomi di Negeri Perak terpacu dengan jayanya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI