KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 16hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan kerja dan tapak ke Kompleks Pertanian Titi Gantung, Perak Tengah di Bota, Perak.
Hadir ke lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama lawatan ini adalah menawarkan sebut harga serta mendengar taklimat berkaitan kerja-kerja memotong rumput dan lalang serta segala tumbuhan di kawasan petak tanaman ladang serta sekitar Kompleks Pertanian tersebut.
Pegawai Jabatan Pertanian yang bertugas pada hari tersebut telah mengalu-alukan kedatangan para kontraktor perkhidmatan pembekalan ke taklimat ringkas dan menyampaikan syarat-syarat sebut harga yang telah ditetapkan.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Lawatan Kerja dan Tapak Bagi Kontrak Pembersihan
Setelah para kontraktor perkhidmatan mendengar taklimat berkaitan kontrak yang ditawarkan, seterusnya mereka telah di bawa oleh pegawai tersebut melawat kawasan-kawasan di sekitar bangunan Kompleks Pertanian serta ladang-ladang yang terdapat disekitar komplek ini.
Bagi sebut harga kerja-kerja memotong rumput dan lalang serta segala tumbuhan di ladang-ladang kawasan Kompleks Pertanian Titi Gantung, Perak Tengah ini, pihak KOPUBI Perak Bhd sangat berminat untuk menawarkan diri secara rasmi sebagai salah sebuah kontraktor yang menawarkan perkhidmatan seperti mana yang telah ditawarkan.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI