KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Julai 2022 yang lalu pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah membekalkan produk mesra alam ‘Paper Straw’ kepada salah sebuah restoran pizza tempatan yang sangat terkenal di bandaraya Ipoh iaitu Miker Pizza yang terletak berhampiran Padang Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd bagi menyerahkan tempahan Paper Straw tersebut adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI). Sebanyak 10,000 batang Paper Straw telah dibekalkan kepada restoran ini sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Kelestarian Alam di Bandaraya Ipoh ini disamping memastikan usaha berterusan di dalam menjaga kelestarian alam sekitar kita demi menjamin masa depan anak cucu kita pada masa hadapan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Juruaudit Koperasi

Seluruh Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd juga sangat terharu dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh pihak Miker Pizza kerana sudi menyahut cabaran Kempen Menyelamatkan Bumi yang telah dianjurkan oleh pihak KOPUBI Perak Bhd.

Semoga dengan usaha ini, alam sekitar kita akan bebas daripada penggunaan ‘singgle plastik used’ yang bukan sahaja megamcam kehidupan di dunia malah akan meberi kesan yang buruk kepada alam sekitar kita. Didoakan agar dipermudahkan segala urusan KOPUBI Perak Bhd ini yang mana sedang dalam usaha untuk menjayakan misi & visi koperasi untuk membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi