KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 27hb September 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama beberapa Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Helmi, Pn Norhuda dan Cik Mawar telah mengadakan lawatan ke bangunan UTC Perak yang terletak di tengah-tengah bandar Ipoh.

Bangunan ini dahulunya lebih dikenali sebagai Bangunan Super Kinta atau Pasar Besar Ipoh.

Kami mengambil kesempatan untuk singat dan melihat kawasan sekeling di samping memikirkan sesuatu yang boleh dilakukan bagi membantu usahawan dan peniaga-peniaga kecil di sini.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Lawatan Tapak Premis PCP J&T Ekspress (PRK413) Selian KOPUBI

Untuk makluman semua, ada lebih kurang 300 lot perniagaan yang hidup segan mati tidak mahu dan tidak terurus dengan baik di dalam bangunan ini.

Alangkah baik sekiranya kawasan di sini dapat dibangunkan semula dan di bawa masuk peniaga-peniaga yang tiada premis perniagaan untuk berniaga di tempat ini.

Sewajarnya bangunan ini diselenggara dengan baik serta dibaik pulih semula. Kami percaya jika bangunan ini dibangunkan, dicat dengan baru serta diselengara dengan baik sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat.

Insyallah, jika tempat ini diurus dengan baik, diselia dengan baik. Pengunjung sudah pastinya tidak keberatan untuk datang ke sini, membeli belah serta mendapatkan keperluan masing-masing dan di dalam masa yang sama ekonomi setempat juga akan dapat dipertingkatkan.

Tempat ini sangat dekat di hati orang Ipoh dan adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk bertindak sesuatu yang baik di kasawan ini agar aktiviti ekonomi terus berkembang dan produktif.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..