KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb September 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama beberapa Ahli Lembaga Koperasi iaitu Pn Shams yang juga merupakan Bendahari Koperasi telah mengadakan lawatan ke premis PCP (Premium Courier Point) J&T Ekspress di bawah selian pihak KOPUBI Perak Bhd.

Turut serta bersama lawatan ini adalah wakil daripada pihak J&T Ekspress Malaysia dari Ibu Pejabat Negeri Perak iaitu Mr Jeff selaku Business Development Executive J&T Eskpress Malaysia dan dua orang staf beliau di bahagian jualan.

Premis berhadapan Pasaraya Besar Tesco Bandar Seri Iskandar ini telah menjadi pilihan utama bagi tujuan yang dinyatakan di atas dan dijangka proses pengubah suaian bangunan akan dijalankan serentak dengan itu tidak lama lagi.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Sesi Tandatangan Perjanjian PCP J&T Ekspress

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd akan melebarkan sayap perniagaannya di dalam bidang perkhidmatan penghantaran barang dan dokumen di bawah jenama J&T Malaysia setelah usahasama tersebut berjaya dimeterai serta dijalinkan di antara kedua-dua pihak baru-baru ini.

Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini memjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..