PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 29hb September 2020 yang lalu, Gabungan Penganjur Pasar Malam dan Pasar Pagi Kinta telah mengadakan kunjung hormat bertemu Datuk Bandar Ipoh iaitu Yang Berbahagia Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud.

Pertemuan selama hampir satu jam itu telah berlangsung di Dewan Sultan Azlan Shah Majlis Bandaraya Ipoh dan turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari Majlis Bandaraya Ipoh.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Perjumpaan Bersama Gabungan Penganjur Pasar Malam Kinta

Mewakli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan, En Helmi Fuzi selaku Timbalan Pengerusi Persatuan merangkap Ketua Jawatankuasa Pasar Malam dan Bazaar PUBI dan Pn. Zuremi selaku Bendahari Jawatankuasa Pasar Malam dan Bazaar PUBI.

Turut hadir pada sesi kunjung hormat ini adalah En. Jaafar selaku Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG), En. Kamal selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA) dan En Zahari selaku Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak.

Pertemuan selama satu jam ini antara membincangkan hala tuju dan kebajikan ahli-ahli yang bernaung di bawah persatuan masing-masing serta peniaga-peniaga yang berniaga di bawah pasar malam dan pasar pagi anjuran persatuan yang terlibat.

Gabungan juga turut membincangkan masalah-masalah serta SOP yang diambil demi pelaksanaan pembukaan pasar malam sewaktu pasca PKP yang telah dikuat kuasakan oleh Pihak Kerajaan baru-baru ini.

Alhamdulillah, Datuk Bandar telah menyambut baik perbincangan serta cadangan yang diutarakan dan pertemuan ini berjalan dengan lancar.

Pihak gabungan telah menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan lagi agenda dan objektif gabungan demi masa hadapan demi peniaga-peniaga pasar malam dan pasar pagi di Daerah Kinta.

Pada sesi ini juga, pihak gabungan yang diwakili oleh En. Jaafar selaku Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG) telah menyerahkan memorandum gabungan kepada Datuk Bandar Ipoh, Yang Berbahagia Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud untuk diteliti dan diperhalusi.

Insyallah, dengan kebijaksanaan dan penuh hemat yang berbahagia Datuk Bandar maka isu-isu serta pemasalahan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil dapat diberi perhatian dan akan diambil tindakan pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju bersama di dalam gabungan yang berjaya ditubuhkan dan berdaya saing sebagai sebuah Gabungan Persatuan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..