PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 27hb September 2020 yang lalu, telah berlangsung sebuah perjumpaan bersama Gabungan Penganjur Pasar Malam Kinta (GPPMK) di sebuah restoran di Bandar Ipoh.

Mewakli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan dan En Helmi Fuzi selaku Timbalan Pengerusi Persatuan.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Bengkel Jom Belajar Photoshop

Turut hadir pada perjumpaan ini adalah En. Jaafar selaku Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG), En. Kamal selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA) dan En Zahari selaku Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak.

Perbincangan hampir dua jam ini membincangkan hala tuju dan kabajikan ahli-ahli yang bernaung di bawah persatuan masing-masing serta peniaga-peniaga yang berniaga di bawah pasar malam anjuran persatuan yang terlibat.

Gabungan juga turut membincangkan masalah-masalah serta SOP yang terpaksa diambil demi pelaksanaan pembukaan pasar malam sewaktu pasca PKP yang telah dikuat kuasakan oleh Pihak Kerajaan baru-baru ini.

Alhamdulillah, perbincangan berjalan dengan lancar dan gabungan ini akan diperkukuhkan pada masa hadapan demi peniaga-peniaga pasar malam di Daerah Kinta.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju bersama di dalam gabungan yang berjaya ditubuhkan dan berdaya saing sebagai sebuah Gabungan Persatuan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..