KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 28hb – 30hb Ogos 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) iaitu Kursus Asas Pembangunan Produk dan Service.

Kursus dengan kerjasama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) ini telah berlangsung dengan jayanya di Symphony Suites Hotel, Ipoh Perak dan telah dihadiri oleh lebih 29 orang peserta yang terdiri daripada Usahawan dari seluruh Negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi En. Haizul Fakarudin.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Program Koperasi Antarabangsa

Alhamdulilah, kesemua usahawan telah menerima bimbingan daripada Coach Fitri iaitu Bizkaunselor yang dilantik oleh INSKEN dengan memfokuskan 6 komponen iaitu analisa pasaran, prototaip, validasi, produksi, pengkomersilan dan kitar hidup produk.

Program ini dilaksanakan dengan tujuan bagi membantu para usahawan baru Perak untuk membuat perancangan lengkap ke hadapan bagi memastikan mereka dapat mengenalpasti peluang dan cabaran untuk mereka meningkatkan pelbagai aspek produk dan perniagaan mereka.

Untuk hari terakhir bagi Program Asas Pembangunan Produk dan Service ini telah diadakan penyampaian sijil oleh Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli hadir merasmikan majlis penutup serta menyampaikan sijil kepada 29 usahawan Perak yang telah mengikuti program ini.

Terima kasih juga kepada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) kerana sudi memberikan ilmu pengetahuan baru dan supaya program kerjasama ini akan diperluaskan oleh STeP dan INSKEN pada masa akan datang kepada lebih ramai usahawan Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia