INFO-PENDAFTARAN PROGRAM BIMBINGAN PERCUMA USAHAWAN WANITA NEGERI PERAK

Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Wanita Perak) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak (STEP) akan mengadakan Program E-Jualan Wanita (E-Juwita) Negeri Perak.

Program bantuan pemasaran digital percuma selama sehari ini akan menyasarkan 720 penyertaan dikalangan usahawan wanita Perak yang melibatkan 24 parlimen di seluruh Negeri Perak.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: iTekad Geran Percuma Untuk Usahawan B40 Dan Asnaf Perak

OBJEKTIF

Program ini adalah untuk memberi pendedahan dan teknik yang betul dalam memasarkan produk usahawan tempatan melalui platform digital.

KRITERIA DAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  1. Usahawan wanita termasuk peniaga, penjaja kecil atau di rumah yang berumur 18 hingga 60 tahun
  2. Mempunyai SSM yang berdaftar di negeri Perak dan masih sah
  3. Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
  4.  Mempunyai sekurang-kurangnya akaun bank peribadi atau akaun bank syarikat, mempunyai QR cashless, produk atau perkhidmatan
  5. Mempunyai produk dan perkhidmatan yang ingin dipasarkan melalui atas talian
  6.  Permohonan Pendaftaran diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/Jabatan usahawan di Negeri Perak dan
  7. Mempunyai asas pengetahuan dalam platform atas talian (pendigitalan) seperti boleh menggunakan telefon pintar dan telah mempunyai akaun emel sekurang-kurangnya.

Modul 1 : Keusahawanan meliputi asas Business Model Canvas (BMC)

Modul 2 : Penjenamaan dan pembungkusan,Promotion

Modul 3 : Media Sosial, Content Marketing

Modul 4 : Trademark Branding

Usahawan wanita perak yang berminat sila isikan Sistem Maklumat Usahawan Perak  berserta dokumen-dokumen yang diperlukan di link berikut:

https://step.perak.my/sme/ ;

Pemohonan  wajib mengisi Sistem Maklumat Usahawan Perak sebelum mengisi borang pendaftaran E-Juwita.

Kemudiannya, sila isi borang pendaftaran seperti link berikut :

https://forms.gle/q2FAG3cCrWPTi8Ep6

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada urus setia dan STeP berikut :

– Puan Aliah 0134206264

– Puan Hazlien 01112503001

Permohonan dibuka bermula 23 Ogos 2023 dan sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang maklumbalas sebelum tarikh kursus, tuan/puan boleh beranggapan permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Ayuh digitalkan pemasaran perniagaan anda!!

#e-Juwita #jombantuusahawanperak #kerajaannegeriperak #peraksejahtera2030 #Wakeup #STeP

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS