
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 03hb September 2023 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Jawatankuasa Kantin Sekolah yang dianjurkan oleh KOPUBI Perak Bhd antara Pihak Pengurusan KOPUBI Perak Bhd dan Staf Kantin di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd Station 18, Ipoh, Perak.
Hadir ke mesyuarat ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman serta En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha dan Bendahari Koperasi iaitu En. Mohamad Firdaus.
Tujuan utama Mesyuarat Jawatankuasa Kantin Sekolah ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan kantin sekolah yang dikendalikan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) sejak hujung tahun 2022 yang lalu.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Kursus Asas Pembangunan Produk & Service
Turut hadir pada mesyuarat ini adalah Pn Sha selaku Penyelia Kantin yang bertanggung jawab menguruskan operasi kantin tersebut dan memastikan matlamat perniagaan ini mencapai objektifnya seterusnya memastikan KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah Koperasi yang berdaya maju di Negeri Perak ini.
Alhamdulillah, mesyuarat tersebut telah berjalan dengan harmoni serta berjaya mengumpulkan isu-isu serta kaedah penyelesaian supaya operasi kantin dapat ditambah baik serta mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan.
KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang sedang meningkat naik akan sentiasa meneruskan usaha-usaha murni di dalam membangunkan sektor keusahawan dan menyemarakkan gerakan koperasi di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI