KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 29hb Ogos 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah dijemput untuk menghadiri webinar gabungan koperasi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA) bersama Ikopin University of Indonesia dan National Cooperative College of Mauritius (NCCM).
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) ke webinar yang bermanfaat ini adalah En. Khairul Akhmal selaku Ahli Lembaga Koperasi Saudara Aiman selaku JK Penentusah Minit Mesyuarat Agung Koperasi.
Objektif penganjuran wabminar ini adalah untuk memberi pendedahan serta inspirasi dari koperasi-koperasi yang berjaya dan maju kehadapan dalam membangunkan perniagaan masing-masing dari dalam dan luar negara.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM: Redone Partner Gathering
Program ini melibatkan pembentangan oleh 3 orang ahli panel iaitu dari Malaysia, Indonesia & Mauritius. Malaysia diwakili oleh Datuk B. Sahadevan dari Koperasi NFLCS Berhad, Indonesia diwakili oleh Cik Hely Herlina Ayudia dari Koperasi Konsumen Bina Usaha Mandiri Indonesia, dan Mauritius diwakili oleh Mr Sachin Sookna dari Mauritius Co-operative Agricultural Federation Ltd. Para peserta yang datang juga dari Filipina, Pakistan dan beberapa negara lain dengan total peserta sebanyak 140 orang lebih.
Kebanyakan mereka menjalankan perniagaan industri pertanian dan juga perniagaan IKS serta perniagaan bekalan bahan mentah kepada syarikat lain. Dalam pembentangan, Cik Hely Herlina membentangkan perniagaan koperasi mereka yang mengenengahkan makanan tradisi Indonesia serta membekal bahan mentah kepada peniaga lain, Manakala Mr. Sachin Sookna membentangkan perniagaan koperasi mereka tertumpu kepada sektor pertanian dengan membekal teknologi tanaman seperti alat siraman, alat tuaian, mekanisma kitar semula bahan buangan pertanian dan pensijilan produk tanaman.
Kemajuan yang dicapai oleh koperasi-koperasi berikut, secara tak langsung bukan sahaja membawa keuntungan kepada koperasi dan ahlinya, malah memberi sumbangan kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar.
Kesimpulannya, koperasi-koperasi harus bersungguh-sungguh memajukan perniagaan masing-masing dengan mengukuhkan kepimpinan, hubungan bersama ahli, bijak mencari peluang dan memperbanyakkan pencarian ilmu dan latihan dalam industri yang diceburi demi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi secara total.
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI