
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 27hb Julai 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama beberapa orang Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd. telah mengadakan sesi perbincangan bersama sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmtan cucian pejabat dan rumah iaitu Divisyen 13.
Ahli Lembaga Koperasi yang hadir pada sesi perbincangan ini adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Shams, En Helmi dan juga Pn Noorzalinal.
Perbincangan utama pada hari tersebut adalah untuk memperhalusi kerjasama strategik projek pekhidmatan cucian pejabat dan rumah ke rumah di antara Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad dengan syarikah perkhidmatan ini.
AKTIVI KOPERASI SEBEUM INI: Perjumpaan Bersama Koperasi Usahawan Bandar Meru Raya Bhd.
Pihak Divisyen 13 telah menghantar 2 orang wakil begi memberi penerangan lanjut serta memperincikan terma dan syarat bagi projek usahasama ini bagi menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Insyallah, sama-sama kita doakan projek ini berjaya serta mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada koperasi disamping memberi keuntungan dividen yang besar kepada anggota yang menyertai KOPUBI Perak Bhd.
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..”
Tuan Abu Naufal/Kudus Alie Novel
Timbalan Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI