KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 17hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan kunjung hormat ke salah sebuah hotel penginapan yang ternama di Lumut, Perak iaitu Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi, En Fhami merangkap Timbalan Pengerusi bagi Kumpulan PUBI.
Menerima kunjungan pihak koperasi mewakili pihak Swiss Garden Beach Resort adalah Executive Chef, En. Mohamad Izad Bin Ismail, dan Mr J Ganesan Murty selaku Human Resources & Training Manager. Turut hadir hadir adalah team daripada finance Swiss Garden Beach Resorts.
Tujuan utama perjumpaan adalah untuk mempekenalkan Produk-produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ edaran KOPUBI Perak Bhd kepada pihak hotel untuk kegunaan pelanggan-pelanggan yang menginap di hotel ternama ini.
Alhamdulillah, perbincangan dua hala di antara kedua pihak sangat positif dan memberangsangkan, semoga kedua-dua buah entiti ini dapat menjalinkan kerjasama strategik yang terbaik disamping memberi manfaat kepada dua-dua pihak terutama di dalam usaha menyelamatkan bumi melalui penggunaan bahan mesra alam seperti produk ‘Biodegradable’.
Tahukah anda KOPUBI Perak Bhd adalah Pengedar Tunggal ‘Paper Straw’ pertama di Negeri Perak –>
UNTUK MAKLUMAN SEMUA JUGA, KOPUBI PERAK BHD ADALAH PEMBEKAL UTAMA PRODUK-PRODUK BIODEGRADABLE DI NEGERI PERAK!
PRODUK UTAMA KAMI ADALAH ‘PAPER STRAW’
Apa itu Paper Straw?? Paper Straw adalah penghirup minuman yang diperbuat daripada kertas yang mudah lupus dan sangat selamat untuk bumi kita.
Untuk makluman semua, produk paper straw KOPUBI Perak Bhd ini adalah ‘Product Biodegradable’ iaitu produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.
Untuk makluman semua juga, produk plastik pakai buang seperti pembungkus makanan dan minuman mahupun straw plastik yang kita gunakan sehari-harian, mengambil masa sehingga 100-500 tahun untuk dilupuskan dan sebenarnya tiada tempoh yang pasti bahawa bahan-bahan ini benar-benar akan reput atau lupus.
Berbeza dengan produk mudah urai (Biodegradable) ini, ianya hanya mengambil masa kurang dari 4 bulan untuk reput dan terurai dengan sendirinya.
Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan saja tidak mudah lupus malah boleh menyebabkan pencemaran dan menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser,
KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin dan menyintai alam sekitar dengan ini menyeru kepada semua pemilik-pemilik restoran, kedai makan, food court dan sebagainya untuk sama-sama mengambil tanggungjawab untuk memelihara bumi kita.
Demi menjaga alam sekitar kita yang kian terancam ini, maka marilah kita sama-sama bertukar kepada Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ ini. Segalanya bermula dari anda! Melalui usaha murni yang bakal anda laksanakan ini maka akan tercapailah matlamat kita untuk memelihara bumi malah kesannya nanti akan dinikmati bersama oleh anak dan cucu cicit kita pada masa hadapan.
Terkini, kami selaku sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju ingin menawarkan HARGA RUNTUH DAN HARGA KILANG KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TERDIRI DARIPADA TOKEH RESTORAN, PENGUSAHA PERNIAGAAN F&B, PEMILIK HOTEL UNTUK PRODUK MENDAPATKAB PRODUK BIODEGRADABLE ‘PAPER STRAW’ KOPUBI PERAK BHD!
Tak Perlu Batang Serai Sebagai Straw Minuman –>
KELEBIHAN UTAMA PRODUK ‘BIODEGRADABLE PAPER STRAW’ KOPUBI ialah;
- 100% Buatan Malaysia
- Ketahanan serapan air yang lebih lama (330gsm tickness)
- Diperbuat Daripada ‘Craft Paper’ (Hampas tebu, jagung dan juga padi)
- Menggunakan gam daripada tumbuh-tumbuhan (Ubi kayu)
- Dihasilkan dan diproses di dalam kilang bilik bersih (Clean room factory process)
- Mendapat pengiktirafan daripada FDA (FDA Approved)
- Bakal mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM
HUBUNGI SEGERA UNTUK INFO LANJUT:
012 595 8082 / 019 577 3924 atau klik link whatsapp di bawah ini;
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.
NO.57B SUSURAN STATION 18, STATION 18 PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
05-322 3924 | www.pubiperak.com/koperasi
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..
Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Setiausaha Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI