fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

Koperasi

Jom Sertai KOPUBI Perak Bhd bersama hampir 1,000+ Anggota Dari Seluruh Negeri Perak!

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd atau KOPUBI Perak telah diilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En. Sharul Baha Abd Rahman sejak penubuhan persatuan ini pada 15hb April 2016 yang lalu. 

Bersatu Mencakna Ekonomi Bangsa!

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sangat komited dan teruja untuk melaksanakan perancangan strategik yang telah dipecahkan kepada 3 aktiviti utama seperti berikut:

Pinjaman Mikro Kredit

Melalui aktiviti ini, koperasi dapat membantu anggota yang memerlukan bantuan kewangan tertutamanya di dalam usaha untuk memantapkan perniagaan masing-masing atau memerlukan modal tambahan. Anggota yang ingin memulakan perniagaan juga boleh mendapat manfaat daripada aktiviti koperasi ini.

Pada peringkat awal penubuhan koperasi ini, Ahli Lembaga Pengarah akan berusaha untuk memberi pinjaman permulaan di antara RM1,000 sehingga RM5,000 kepada anggota dan bantuan ini dijangka akan meningkat apabila prestasi kewangan koperasi semakin kukuh serta memiliki modal yang lebih besar.

Ahli Lembaga Pengarah koperasi juga mensasarkan pinjaman ini ditingkatkan kepada RM250,000 apabila prestasi kewangan koperasi mencapai satu tahap yang benar-benar menyakinkan serta koperasi pula mencatatkan keuntungan yang berlipat ganda.


Perniagaan dalam bidang Pemasaran

Melalui aktiviti ini pula, koperasi merancang untuk memasarkan produk-produk anggota sedia ada ke pasaran yang lebih luas dengan strategi pemasaran yang lebih dinamik dan berdaya saing. Selain itu Ahli Lembaga Pengarah koperasi juga bercadang untuk membawa masuk barang-barang jualan daripada Negara China & Vietnam untuk diniagakan di Malaysia secara online menggunakan platform RuangNiaga2U.

Untuk jangka masa panjang pula, koperasi merancang untuk membuka pasaraya bagi membolehkan lebih banyak barang-barang keperluan dapat dipasarkan kepada umum. Usaha ini tidak mustahil untuk dilaksanakan sekiranya ramai anggota melabur di dalam koperasi ini dan dari modal yang terkumpul membolehkan usaha ini menjadi kenyataan.


Pelaburan Dalam Bidang Hartanah

Ini adalah aktiviti terakhir koperasi di mana Ahli Lembaga Pengarah merancang untuk membeli tanah, rumah atau premis perniagaan untuk pelaburan di mana tanah atau tanah, rumah atau premis perniagaan ini boleh disewakan untuk untuk menjadi sumber pendapatan kepada koperasi. Koperasi juga boleh menjual semula hartanah ini apabila nilai hartanah meningkat dan sudah pasti aktiviti ini akan menguntungkan koperasi.

Pada masa hadapan, Ahli Lembaga Pengarah juga berhasrat agar Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ini mampu membina taman perumahan atau dengan serta kata lainnya menjadi pemaju perumahan seterusnya berupaya memberi rumah atau kediaman yang murah kepada anggota koperasi ini.




Perancangan Jangka Masa Panjang.

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sangat komited untuk melaksanakan perancangan jangka masa panjang dan beriltizam untuk menjayakannya dalam masa tempoh 5 ke 10 tahun, iaitu;

  1. Menubuhkan Anak Syarikat Koperasi iaitu PUBI Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak).
  2. Menubuhkan syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.
  3. Memiliki bangunan sendiri yang dinamakan sebagai ’WISMA KUMPULAN PUBI’.

BACA LEBIH LANJUT...




 

Kerjasama Strategik!

Buat masa ini Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah rakan strategik utama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan di dalam masa yang sama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak  juga sangat komited untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana koperasi, NGO atau mana-mana Agensi Kerajaan mahupun swasta bagi mencapai objektif penubuhannya. Di dalam rangka kerjanya koperasi telah mengenal pasti beberapa koperasi, NGO atau Agensi Kerajaan mahupun swasta yang sesuai dijadikan rakan niaga atau menjalinkan kerjasama strategik, iaitu;

  1. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (ANGKASA)
  2. Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA)
  3. Institut Koperasi Malaysia (IKM)
  4. Co-op Bank Pertama Berhad
  5. Bank Kerjasama Rakyat

BACA LEBIH LANJUT...



Jom Sertai KOPUBI!

Keanggotaan kini dibuka kepada  1,000 + orang warga Perak yang terawal. Pelbagai manfaat dan kebaikan akan dikongsi bersama!

Pelbagai Manfaat Ekonomi dan Sosial Bersama KOPUBI Perak Bhd!

Terus Mendaftar Secara Online!

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.