JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Teknik Pemasaran Facebook di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform applikasi facebook.

Kami sangat faham kepentingan pemasaran di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Oleh itu marilah sertai bengkel anjuran PUBI Perak ini dengan nilai pelaburan wang ringgit anda serendah RM80 sahaja di mana anda akan mendapat pulangan pelaburan dalam bentuk manfaat dan kebaikan serta akan memberi impak kepada perniagaan masing-masing.

Antara topik-topik yang akan diajar sepanjang bengkel ini adalah;

1. Taknik Copywriting (Ayat Iklan)
2. Facebook Page
3. Facebook Ads (Iklan berbayar).

MAKLUMAT KELAS INI ADALAH SEPERTI BERIKUT;

Tarikh : 08hb February 2020 (Sabtu)
Masa : 9am – 5pm
Tempat : Bilik Latihan Pejabat PUBI Perak, Station 18, Ipoh
Tenaga Pengajar : Berpengalaman luas sebagai perunding dan jurulatih untuk agensi kerajaan dan swasta serta usahawan.
Yuran : RM80 termasuk Sijil, Sarapan Pagi Dan Makan Tengahari.

WAJIB MEMBAWA LAPTOP SENDIRI BESERTA MOUSE, SMART PHONE, WAJIB ADA AKAUN FACEBOOK DAN TERHAD KEPADA 12 PESERTA SAHAJA.

Jom Daftar – Bengkel Kemahiran Membuat Mee Kuning —>


MENGAPA BENGKEL INI BERBALOI UNTUK ANDA SERTAI

✔ Coach yang berpengalaman luas, antara pelanggan beliau ialah PUBI Perak, ITP, Kolej-kolej Swasta, Usahawan-usahwan IKS. Selain itu, turut menerima jemputan untuk berkongsi ilmu, antaranya oleh UiTM, PUO, KEMAS, JPW, APBM Jabatan Belia, Amanah Ikhtiar, Kerajaan Seluruh Malaysia.

✔ Bengkel dijalankan secara teori dan praktikal termasuk sesi dua hala.

✔ Dihadkan hanya 12 peserta sahaja supaya dapat tumpuan peserta, perhatian oleh coach dan kelancaran proses belajar.

✔ Anjuran Persatuan Usaahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak)

✔ Harga sangat berbaloi – harga biasa bengkel intensif seumpama ini boleh mencecah RM100 seorang.

BENGKEL YANG SENTIASA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT KINI DIBUKA

Terbuka kepada usahawan atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang jualan dan pemasaran yang ingin menggunakan aplikasi Facebook sebagai medium pemasaran online.

TARIKH TUTUP BAYARAN : 13HB FEBRUARI 2020

Semoga bengkel ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada kita untuk terus maju dan berjaya di dalam perniagaan masing-masing.

Sama-sama kita jadikan tahun 2020 ini sebagai tahun pencetus kejayaan yang lebih besar kepada kita semua. Insyallah..


Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan

En. Mohd Fhami Bin Mohamed Nordin
Timbalan Pengerusi PUBI Perak merangkap Ketua Jawatankuasa Pembangunan Usahawan (JKPU) PUBI Perak.

Koleksi gambar Bengkel Teknik Pemasaran Facebook yang telah berlangsung sebelum ini pada 29hb September 2019 yang lalu.