WANITA INI MERUPAKAN SALAH SATU CONTOH WANITA YANG BERJAYA DALAM BIDANG PERNIAGAAN WALAUPUN BERSTATUS SEORANG ISTERI DAN IBU.

Semua orang pasti kenal dengan jenama beras Herba Ponni Taj Mahal keluaran syarikat Faiza bukan? Kita juga mesti telah familiar dengan susuk wanita yang sering muncul dikaca televisyen bagi memberi sumbangan melalui program Bersamamu TV3. 

Dilahirkan di Mesir dengan nama Faiza Bawumi Sayed Ahmad, wanita ini mula menjejakkan kaki ke Malaysia mengikut suaminya pada tahun 1964. Pada mulanya Hajah Faiza mengaku yang dia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Tetapi setelah 3 bulan, beliau akhirnya dapat menguasai bahasa ini.

(opens in a new tab)”>Baca juga kisah kejayaan Pasaraya Mydin –>


MULA BEKERJA SEJAK MUDA

Disebabkan beliau merupakan jenis orang yang tidak tahu duduk diam, pemilik Diploma dalam bidang jahitan ini kemudiannya mengambil upah sulaman. Upah yang diambil juga tidak mahal, hanya sekitar RM4 sahaja. Beliau kemudian mencuba nasib untuk menjual rempah yang diadun sendiri di bawah jenama Bunga Raya.

Tetapi, sambutan yang diterima kurang memberangsangkan. Hasil keuntungan meniaga rempah ini telah digunakan oleh Hajah Faiza untuk membuka kedai runcitnya sendiri. Dan bermula dari sinilah idea untuk menceburkan diri dalam perniagaan beras mula timbul.

Beliau mula melakukan kajian pasaran dengan bertanya dari kedai ke kedai sama ada mereka ingin membeli beras daripadanya sekiranya beliau ingin menjualnya kelak. Feedback yang diterima pula sangat positif. 

Yakin dengan keupayaan diri, wanita kental ini kemudian memohon lesen pemborong beras dan mula menjual pelbagai jenis beras seperti beras wangi, beras basmathi dan beras siam dibawah jenama Bunga Raya.

Dalam tempoh sembilan tahun, beliau telah berjaya meluaskan jaringan perniagaannya sehingga ke Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.

(opens in a new tab)”>Baca juga kisah kejayaan Dato’ Vida –>


Related image
Sebahagian daripada produk keluaran jenama FAIZA

MULA BEKERJASAMA DAN MELABUR KE DALAM SYARIKAT

Cuba untuk mempromosikan pemakanan sihat di negara ini, Hajah Faiza kemudian bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membuat kajian tentang khasiat beras ponni yang dikatakan baik untuk kesihatan terutama bagi penghidap diabetes. Hasil kajian yang diterima juga amat positif.

Beliau kemudian melabur jutaan ringgit untuk produk Taj Mahal di samping meminta hak eksklusif daripada BERNAS. Usaha yang ditabur selama ini membuahkan hasil apabila produknya mula mendapat perhatian daripada rakyat negara ini yang ingin menjaga pemakanan mereka. 

Wanita yang pernah menerima anugerah Tokoh Ibu Mithali Perkim ini juga menanam impian untuk menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini. Mungkin kerana itulah, beliau mampu untuk mencipta kejayaan sehebat ini.

Kini syarikatnya bukan sahaja menumpukan kepada pengedaran beras tetapi juga kepada produk makanan lain seperti rempah, tepung, bihun dan sebagainya. Sifatnya yang suka bekerja sehingga ke usia senja wajar dijadikan contoh oleh para belia di luar sana. 

Semoga selepas ini lebih banyak ramai usahawan Bumiputera hebat yang bakal muncul di Malaysia.

Sumber : Google

(opens in a new tab)”>Baca juga kisah kejayaan Kumpulan NAZA –>