fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

PEMBUKAAN RASMI PASAR MALAM PUBI DI TAMAN MENGLEMBU TIMUR

ALHAMDULILLAH, PADA 25HB OKTOBER 2019 YANG LALU PUBI PERAK TELAH BERJAYA MEMBUKA SEBUAH TAPAK PASAR MALAM YANG BAHARU DI SEPANJANG JALAN HALA MENGLEMBU TIMUR, TAMAN MENGLEMBU TIMUR, MENGLEMBU, IPOH PERAK

Pasar Malam PUBI Perak @ Taman Menglembu Timur yang dirancang oleh JK Pasar Malam & Bazaar PUBI Perak yang diketuai oleh Cik Nor Zarina Zamzuri kini telah dibuka di sepanjang jalan Lebuh Lapangan Perdana 2, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh Perak pada hari Sabtu bersamaan dengan 25hb Oktober 2019 yang lalu.

PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh dengan ini ingin menjemput penduduk di kawasan sekitar untuk hadir beramai-ramai ke Pasar Malam ini yang akan dibuka setiap satu dari jam 4.00 petang sehinggalah jam 10 malam.

Sebanyak 50 tapak berniaga dibuka dengan beraneka jenis jualan seperti makanan & minuman. Juga terdapat jualan barangan keperluan dapur kering dan basah serta bermacam-macam jenis pakaian dan tudung.

Jualan buah-buahan dan sebagainya juga dijual di Pasar Malam anjuran PUBI Perak ini. Jom semua kita hebahkan dan share berita baik ini!!!



PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin juga sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan secara amnya di seluruh negeri Perak.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

KEPADA MEREKA YANG INGIN BERNIAGA DI PASAR MALAM INI MASIH LAGI SEMPAT UNTUK MEMOHON.

Inilah peluang buat semua untuk mencari rezeki dengan berniaga di tapak-tapak pasar malam yang bakal kami buka ini. Borang permohonan berniaga di tapak pasar malam ini boleh didapati di Pejabat Urusan PUBI Perak SECARA PERCUMA di alamat:

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh Perak
*Sila hubungi 05-322 3924 untuk temujanji.

NOTA: Jumaat, Sabtu & Ahad Pejabat TIDAK DIBUKA

Semoga dengan pembukaan tapak pasar malam ini akan memberi impak terhadap ekonomi setempat di Bandaraya ipoh ini.



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI

Leave a Reply

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.