KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Oktober 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menghadiri satu taklimat bagi kontrak Khidmat Kebersihan Dan Rawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak.

Untuk makluman semua, taklimat Khidmat Kebersihan Dan Rawatan ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Pandak Hamid, Orang Asli One Stop Center (AOASC) Kampung Bawong Sungai Siput Perak.

Hadir ke sesi taklimat ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama aktiviti ini adalah bertujuan untuk menawarkan sebut harga kepada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Karnival Barangan Malaysia 2022

Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak yang bertugas pada hari tersebut telah mengalu-alukan kedatangan para kontraktor perkhidmatan pembekalan ke taklimat ringkas dan menyampaikan syarat-syarat sebut harga yang telah ditetapkan oleh pihak mereka.

Bagi tujuan sebut harga kerja-kerja Khidmat Kebersihan Dan Rawatan ini, pihak KOPUBI Perak Bhd sangat berminat untuk menawarkan diri secara rasmi sebagai salah sebuah kontraktor yang akan dipilih bagi menjalankan perkhidmatan seperti mana yang telah ditetapkan di dalam tawaran sebut harga tersebut.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah..

#KOPUBIPerakBhd #KOPUBI #KoperasiUsahawan #KumpulanPUBI